Continuing posting in the long forgotten blog site which I'd started in early 2009, as I feel this is the way to express my emotions and feelings. Betul la yang semua orang kata ujian terbesar bagi seorang yang bernama manusia pada saat umurnya 40 tahun. Allah dah bagi peringatan dalam surah Al-Ahkaf menyuruh kita apabila menginjak umur 40 supaya berdoa seperti dalam ayat ke-15:
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri) (Surah al-Ahkaf, ayat 15)
Beberapa point yang kita boleh ambil perhatian dari ayat ini, antaranya:
1. Berbakti kepada kedua ibu-bapa (ada ayat lain dalam surah al-Isra’ dan Surah Luqman) kerana jika dia sudah 40 tahun pasti ibu-bapanya sudah melepasi 60 tahun, umur yang memerlukan banyak bantuan.
2. Mensyukuri nikmat iaitu dengan beramal soleh yang diredhai-Nya (menjadikan semua nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita untuk beramal soleh).
3. Bertaubat dan berserah diri, maksudnya tidak mahu lagi buat maksiat dan menyedari kita adalah hak Allah SWT dan akan kembali kepadaNya. Maknanya apabila sudah mencapai umur 40 tahun sudah tidak ada dosa, sudah capai puncak keIslaman dan berjaya mendidik putera dan puterinya.
Umur sebegini la pelbagai ujian-ujian menerpa dari segenap segi - ujian kewangan (yang senang jadi miskin, yang miskin jadi kaya), ujian rumahtangga (yang bahgia jadi porak peranda, yang porak peranda jadi bahgia), ujian anak-anak membesar, ujian ibubapa yang sudah lanjut usia, dan banyak lagi ujian-ujian yang Allah bagi supaya kita ingat pada-Nya, berserah dan bersandar pada-Nya, pohon segalanya dari-Nya. Kerana percayalah setiap ujian itu 'tanda' Allah sayang pada kita, suruh kita kembali kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment